SEJARAH PKG
Penubuhan
PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah
sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat
Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan
empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri di Kedah, Kelantan,
Terengganu, dan Pahang.
Pada
tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah
(PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah.
Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan
pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan
perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah.
Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk
membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi
pendidikan (teknopen).
Seterusnya
pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG).
Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG
telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah.
Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan
Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran
sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun
1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai
pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.
Berasaskan
pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai
1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara
PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP),
Kementerian Pendidikan Malaysia.
No comments:
Post a Comment