Tuesday 6 March 2012

Dasar MBMMBI

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Dengan pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
Pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik semasa peralihan dasar PPSMI ke MBMMBI mulai tahun 2010.
[Sumber : SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2 / 2010 bertarikh 14 Januari 2010 : PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)]

KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA/YAN 2012

Peserta-peserta berikut akan mewakili Daerah Kuala Muda/Yan ke pertandingan Tokoh NILAM peringkat
Negeri Kedah Darul Aman pada 19-21 Mac 2012.
Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar:
1. AINA AQILAH ABDUL HAMID (SK Langkasuka)
Kategori Sekolah Rendah Bandar :
1. FAHDA SYAZWEEN BT. FAZUL ANUAR (SK Convent Father Barre)
Kategori SekolahMenengah Luar Bandar
Tiada
Kategori SekolahMenengah Bandar
1. MUHAMAD KAMAL B. ZAKARIA (SekolahMenengah Sains Sultan Mohamad Jiwa)
Kami dari PKG Sungai Limau mengucapkan ribuan tahniah diatas kejayaan anda. Syabas